Wednesday, 12 July 2017

Selamat sejahtera dan selamat datang ke blogger saya. Saya Jacinta Angelica akan menerangkan mengenai kraftangan yang terdapat di Malaysia, antaranya ialah kraftangan Pasu Sarawak . 

DEFINISI KRAFTANGAN

Masyarakat Malaysia juga kaya dengan seni ukir dan kraftangan. Kebanyakan seni ukir ini bermotifkan alam semula jadi. Hasil seni ukir ini dapat kita lihat di rumah tradisional masyarakat Melayu, di kepala perahu dan di hulu keris. Bagi masyarakat Cina, seni ukiran berbentuk naga akan diukir di tokong. Masyarakat Cina juga amat popular dengan seni kaligrafi. Bagi masyarakat India pula, satu hasil seni yang paling unik adalah seni menghasillkan ‘kolam’. Kolam ini dibuat daripada beras yang berwarna-warni. Kolam ini akan dihias di hadapan pintu masuk rumah sempena sambutan Deepavali. Di Sabah dan Sarawak, hasil ukiran daripada tanah liat adalah paling popular. Ukiran berbentuk bunga atau burung akan dihasilkan pada pasu bunga atau pada tempayan.
Hasil seni kraftangan masyarakat Malaysia perlu dikekalkan kerana keunikannya. Antara hasil kraftangan tersebut termasuklah tenunananyamanbarangan seramik dan lukisan batik. Anyaman biasanya dibuat daripada rotan, buluh, daun mengkuang dan daun nipah. Antara hasil anyaman termasuklah bakul, tikar, tudung saji dan sebagainya. Barang-barang seramik pula dibuat daripada tanah liat. Tanah liat ini akan dijadikan patung, pasu bunga atau tempayan.


PENGENALAN KRAFTANGAN PASU SARAWAK  


Barang-barang tembikar mempunyai kegunaan yang paling meluas di kalangan peribumi Sarawak. Upacara-upacara gawai, perkahwinan dan pengebumian semuanya tidak lengkap tanpa bekas-bekas tembikar yang tertentu.Barang-barang tembikar tradisional yang dihasilkan di Sarawak termasuk pinggan, mangkuk, tajau (sejenis tempayan besar), takar dan perkakas memasak. Sesetengah barang itu sangat dihargai hingga menjadikan sebahagian daripada hadiah perkahwinan oleh pengantin. Malah di kalangan kaum Kelabit, tajau bukan cuma dijadikan bekas penyimpanan mayat ketua mereka tetapi diterima sebagai galang ganti nyawa.




Image result for PASU sarawak


Image result for PASU sarawak

MENGUKIR PASU SARAWAK

Cara untuk menghasilkan barang-barang tembikar tradisional ini pada dasarnya sama seperti cara yang digunakan di Semenanjung. Yang berbeza cuma corak ukiran perhiasan pada barang-barang itu yang banyak menampilkan unsur-unsur daripada sistem kepercayaan mereka. Pada awal abad kesembilan belas, seni tembikar di Sarawak mengalami suatu perubahan besar dengan ketibaan pedagang Cina ke negeri itu. Dari masa itu, seni tembikar Cina mula mempengaruhi motif hiasan dan jenis barang yang dihasilkan oleh pembuat tembikar tempatan. Antara barangan yang mendapat sambutan ialah pasu. Pasu Sarawak kini terkenal diseluruh negara. Bentuk, warna dan corak hiasannya yang unik menjadikan hasil seni ini buah tangan yang istimewa bagi para pelancong yang melawat ke Bumi Kenyalang.



ALAT DAN BAHAN 

Alatan yang digunakan untuk membuat tembikar seperti berikut:
  1. Pengayak
  2. Baldi
  3. Besen
  4. Papan lapis bulat
  5. Roda pembentuk tembikar
  6. Pelarik tapak tembikar
  7. Dawai tajam
  8. Rip
  9. Span berkatu
  10. Span
  11. Dawai pemotong
  12. Angkup
  13. Penggelek
  14. Kayu (6mm)
  15. Penyembur gerlis
  16. Pengukir besi
  17. Penepik kayu berukir
  18. Pengukir dawai


TEKNIK-TEKNIK MEMBUAT TEMBIKAR 

1.   Teknik picit 
  • dengan cara menekan dan memicit ketulan tanah liat dari bahagian tengah.
  • merupakan teknik yang paling mudah
2.    Teknik lingkaran
  • bahagian tapak disediakan terlebih dahulu
  • kemudian tanah liat digelek dengan tangan sehingga menjadi lingkaran panjang seperti silinder dan dilingkar membentuk sebuah tembikar
3.    Teknik kepingan
  • dihasilkan dengan cara mencantumkan kepingan tanah liat yang dipotong mengikut saiz tertentu
  • bahagian tepi hujung kepingan tanah liat dipotong secara menyerong 45 darjah bagi tujuan penyambungan
  • bahagian hujung kepingan disapu atau dicelup dengan slip(Lumpur tanah liat yang berfungsi sebagai pelekat / gam )
4.    Teknik lempar alin/ putaran
  • menggunakan mesin pemutar / roda pemutar
  • tembikar dibentuk semasa melakukan putaran
  • bentuk tembikar terhad kepada bentuk bulat dan selinder sahaja
5.    Teknik acuan
  • dilakukan dengan menekan ke dalam acuan kayu atau logam
  • bagi acuan plaster paris, slip ( tanah liat cair) dituang ke dalam acuan
  • digunakan untuk perusahaan komersial


MOTIF PASU SARAWAK 

  1. Corak ukiran perhiasan pada barang-barang itu yang banyak menampilkan unsur-unsur daripada sistem kepercayaan mereka.
  2. Pada awal abad kesembilan belas, seni tembikar di Sarawak mengalami suatu perubahan besar dengan ketibaan pedagang Cina ke negeri itu.
  3. Ragam hias pada tembikar Cina mempengaruhi motif hiasan dan jenis barang yang dihasilkan oleh pembuat tembikar tempatan.
  4. Walaupun dipengaruhi oleh motif tembikar Cina,  corak hiasan pada tembikar Sarawak juga banyak menampilkan unsur-unsur  kepercayaan mereka.
  5. Pasu Sarawak terkenal diseluruh negara. Bentuk, warna dan corak hiasannya yang unik menjadikan hasil seni ini buah tangan yang istimewa bagi para pelancong yang melawat ke Bumi Kenyalang
PENUTUP 

Pada awal abad kesembilan belas, seni tembikar di Sarawak mengalami suatu perubahan besar dengan ketibaan pedagang Cina ke negeri itu. Dari masa itu, seni tembikar Cina mula mempengaruhi motif hiasan dan jenis barang yang dihasilkan oleh pembuat tembikar tempatan. Antara barangan yang mendapat sambutan ialah pasu. Pasu Sarawak kini terkenal diseluruh negara. Bentuk, warna dan corak hiasannya yang unik menjadikan hasil seni ini buah tangan yang istimewa bagi para pelancong yang melawat ke Bumi Kenyalang. Saya berharap agar pasu Sarawak ini terus terkenal dengan ciptaannya tersendiri agar tidak hilang begitu sahaja.